01 August 2018

Resipi: Ketupat Sotong

Assalamualaikum....

Tak pernah seumur hidup As masak & makan ketupat sotong ni tau. Tapi bila rasa dekat rumah biras, sedap rupanya. Boleh la try buat sendiri kan bila ada masa. Kebetulan, ke Tesco nampak sotong yang besar-besar & murah, terus teringat nak buat Ketupat Sotong ni. Mulanya husband suruh buat sotong goreng tepung je...

Belanja picture yang dah siap...hihihi...1st trial, not bad la. Husband As cakap okey...so, kira okey ka tu kan...As tgk ada yang kuah kaler lg gelap. Mungkin letak lagi banyak gula melaka kot. Tapi bagi As, camni dah okey. Kira blend la rasa manis, lemak & halba & halia tu...Amsyar je makan dah berapa ekor...dia suka la tu...hihi...

Nak masak, masuk je semua dalam periuk. Susun cantik-cantik....


Jom tengok resipi...As dapat resipi dari blog http://dapur-mamasya.blogspot.com. Thanks blog Mamasya sebab share resipi yg senang & cepat faham (untuk yang 1st time nak try buat ni...hehehe)




Okey, selamat mencuba. Senang je ni kan. Kalau nak beli pun tak tau kat mana. Maybe belah-belah terengganu sana adalah jual.

31 July 2018

Update beli rumah: Loan dah lulus!!

Assalamualaikum...

Hai orang yang baca blog kiter...hihihi...hope semua sihat, alhamdulillah....

Since ada update pasal misi mencari rumah dalam blog, Alhamdulillah, loan untuk beli rumah dah lulus!!! Syukur sangat-sangat...tak lama dah, sikit lagi je nak miliki rumah sendiri. Allah permudahkan semua urusan dari saat decide nak beli, deal dengan owner, appoint lawyer, apply loan online, submit borang sampai kami sendiri ke Putrajaya sana hantar sendiri dokumen-dokumen. Eksaited campur tak sabar kitaorang ni. Hahahaha...biasa la kan, nak beli rumah sendiri ni. Feel dia lain macam...

Kami apply government loan...dan Alhamdulliah dapat full loan. Untuk yang apply government loan ni, semuanya kena isi online dekat Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Lepas dah isi online, kena minta pengesahan dari Ketua Jabatan & surat dari majikan...lepas tu kena submit dokumen yang diperlukan dalam masa 60 hari. Kalau takde dokumen yang sangkut @ tak complete, cepat je diaorang approve. Lepas ni komitmen nak bayar bulan-bulan tu bertambah la sikit dari sekarang ni menyewa. Hihihi....

Bila dah dapat surat kelulusan @ Offer Letter dari LPPSA yang loan lulus, baru lah dapat nak buat permohonan untuk keluarkan EPF untuk bayar deposit rumah 10%. Alhamdulillah, kami kenal dengan owner ni, so 10% deposit tu dia boleh tunggu sampai dapat keluarkan EPF. So, sekarang ni kami tunggu EPF approve lepas tu dapat settle kan bayar deposit dan boleh dikira rumah tu dah confirm kami punya. Doakan semuanya dipermudah kan okey!! 


Lepas ni, kena fikir nak renovate rumah, nak buat rumah cantik-cantik...hihihi....cuma kami anggar dalam bulan November, duit dapat dan lepas tu bru boleh nak start renovate. Harap semuanya berjalan lancar. 

27 July 2018

Drama Jangan Benci Cintaku & penangan Husna...

Assalamualaikum...


Adaptasi dari Novel karya Emy Roberto...

Sapa kaki layan drama mesti tengok kan cerita Jangan Benci Cintaku ni....Sampai ada yang emo dengan watak Husna tu...famous tau Husna ni....Drama ni start ditayangkan 29/6/2018 jam 7 malam di TV3. Sekarang ni pun dah masuk episod 21...dah nak abis dah drama ni 28 episod semuanya. Trending sekarang ni pasal Husna tu lah..Semua memang benci, marah & meluat dengan watak Husna lakonan Niena Baharun. Kira bagus la lakonan dia kan sampai semua orang benci. 

Barisan Pelakon:
Saharul Ridzwan - Shah
Zahirah Macwilson - Fika
Azizah Mahzan - Nek Pah
Amelia Handerson - Damia
Daler Yusuf - Irwan

Sinopsis Jangan Benci Cintaku
Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.


P/S: Sapa yang tak dapat nak tengok pukul 7 tu boleh je layan online. Kita geng! Hehehehe....time pukul 7 tu sampai rumah pun belum. Dah sampai bukan nak terus tengok TV kan...banyak kerja lain nak buat...