17 August 2010

Kenangan terindah

---------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menanti suaminya dan menjagakehormatannya, maka dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki” – (Hadis riwayatAhmad dan Thabrani)
--------------------------------------------------------------------------------------------

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman
setampan Yusuf..
jika kasih tak setulus Zulaika..
Tak perlu mengharapkan teman
seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Hajar
kalau diri tak sesempurna Rasulullah (S.A.W)
Bimbinglah dirinya,dan terimalah kekurangan itu sebagai
keunikan,carilah kebaikan pada dirinya,
Dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus menjadi milikmu..

MAJLIS AKAD NIKAH

Alhamdulillah...syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi...Tanggal 28 Mei 2010, tepat jam 4.30 ptg, hanya dgn sekali lafaz, aku bergelar isteri kpd org yg aku cintai...Rafizee Uzair Bin Mohamad....tak dpt aku gambarkan dgn kata2...betapa aku bersyukur krn ikatan yg kami bina selama 2 thn akhirnya diakhiri dgn ikatan yg sah...kini aku telah bergelar isteri...sesuatu yg amat sukar utk aku terima...tp itulah hakikatnya.....Akulah org yg paling bahagia....target yg aku tlh ttpkan utkberkahwin iaitu 27-28 thn akhirnya termakbul. Majlis akad nikah yg ringkas di rumah aku krn majlis kenduri akn berlangsung seminggu lg.....Tema yg aku pilih utk majlis akad nikah ialah putih + purple....aku mendoakan perkahwinan ini kekal ke akhir hayat, cepat2 dpt baby :-)
& insyaallah aku akn cuba menjadi isteri yg terbaik, isteri yg solehah..




MAJLIS RESEPSI

Seminggu kemudian, pd 05 Jun 2010bersamaan ari sabtu.....majlis perkahwinan di rumah ku...di Alor Star...tema yg menjadi pilihan mestilah biru...sememangnya biru adlh kaler favourite aku....gabungan biru + putih + itam menjadi pilihan...Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar wpun sehari sblm majlis ujan trun dgn lebat....org kata hujan rahmat..Terima kasih yg xterhingga kpd mak & abah, adik beradik, sedara mara, kwn2 yg menbantu dlm melancarkan majlis perkahwinan aku...Walaupun penat..tp aku puas hati sbb majlis aku berjln dgn lancar...betoi la kata org...bahagia sgtmenjadi raja sehari...hari tuadalah hari aku...aku la permaisuri nya..



MAJLIS BERTANDANG

Selang seminggu slps majlis di rumah aku...majlis bertandang plak d rumah suami...Rombongan keluarga ku dr Kedah naik bas bertolak pg & sampai tgahari di rumah abg ku d Ipoh...Aku mmg stay kt umah abg aku sementara menanti rombongan dr Kedah sampai...Tema gold + brown menjadi pilihan suami & kira2 pukul 1 thari, kami bertolak ke dewan di mana berlangsungnya majlis...Aku agak gementar krn akn menjadi perhatian..tp Alhamdulillah, semuanya terkawal. Ada jugak kwn2 aku dr KL yg dtg & thanks guys! Really appreciated it! Majlis d teruskan d rumah suami xjauh dr dewan....just bergambar. Majlis potong kek di adakan d sebelah mlm sekali ngan BBQ..Alhamdulillah, semua dh selesai...Tiada insan yg lebih aku cintai melainkan dia...suamiku....

No comments:

Post a Comment