23 November 2012

Selepas setahun sebulan....

Assalamualaikum & happy friday!

Saya terpanggil utk menulis entri ni sbb sy rs sy perlu share & maybe sy akn dpt feedback (any ideas @ pendapat ttg permasalahan sy) dr kwn2 diluar sana...ok, actually sy xtau nk kategorikan ia as problem @ tak...tp bg sy, mybe it's a problem la kot...

Selepas melahirkan Amsyar kira2 setahun sebulan yg lalu, sy masih belum period. Tp sy xda la risau sgt pd mulanya sb sy dh tau yg period sy sblm kawen pn dh mmg tak normal. kdg2 2-3 bulan sy tak period. Tp, bila dh setahun lebih ni, sy jadi risau balik. Bila tanya doktor jwpn yg sy dpt ialah; it's a normal when u breastfeed ur baby...ok, sy leh terima sb mmg sy tgh menyusukan Amsyar time tu...so sy xde la risau sgt2 bila xperiod. Tp bila Amsyar dh setahun sebulan sekarang & x lagi fully breastfeed sy jd risau balik. Keriasauan sy itu bertambah2 bila pk, org lain yg menyusukan cam saya period diaorg ok je...hah! now, this kind of thinking cross to my mind and made me confius & serabut. argghhh....serius sy risau & at the same time pikir yg bukan2 dh. Normal ke sy ni? huhuhu...Ramai gak yg kata, ish...best la sb xpyh ganti puasa & xtinggal solat...best tu mmg la best...tp, kena fikir dr sudut yg satu lg tu jugak...takut penyakit @ apa2..astagfirullahalazim..minta di jauhkan semua tu la....

So, ada terfikir nk jmpa pakar & mmg dh ramai pn suggest pergila jmpa doktor pakar. Yes, memang sy akn pergi. Lebih2 lagi setelah sy menemui jawapan kpd permasalahan yg sy rasa lebih kurang sama dgn apa yg saya lalui skang. Kebetulan, sy terbeli majalah Pa & Ma keluaran September 2012. Ada satu soalan dalam ruangan Sihat Segar yg bertanyakan soalan yg lbh kurang ttg masalah sy skang ni.

Inilah jawapan dr pakar 2:

"Tempoh keluar darah nifas akn berakhir lbh kurang 40-60 hari setelah melahirkan anak. Berakhirnya tempoh nifas menandakan keadaan organ pembiakan seseorang wanita itu telah pulih.

Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid ibu akn kembali normal dimana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti. Namun, sebahagian ibu mengalami kelewatan haid, adakalanya sehingga bayi berusia 6 bulan, bahkan ada yg sampai 12 bulan. Keadaan ini biasanya lebih diakibatkan oleh keadaan hormon ibu. Ibu yg menyusui bayinya secara eksklusif sering kali tidak mengalami haid sehingga bayi mengambil makanan pejal lain. Ini terjadi kerana selama ibu menyusukan bayi, badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yg mengakibatkan tdk terjadinya ovulasi @ haid.

Wbagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami mslh kelewatan haid wpun tidak menyusui bayi mereka secara eksklusif kerana kandungan hormon prolaktin ibu yg tinggi. Ada kajian menunjukkan 10-30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yg terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Ini mengakibatkan ibu tdk mengalami haid. Gangguan ini disebut hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan ibu tdk mengalami haid, gangguan ini bahkan menyebabkan amenorrhea, suatu keadaan bila ibu tdk mengalami haid sepanjang tahun. 

Sesetengah wanita yg mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama drpd 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang drpd 21 hari). Peningkatan hormon prolaktin juga boleh terjadi apabila ibu mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan @ implan.

Puan dinasihatkan agar berjumpa doktor utk membuat pemeriksaan lanjut. Doktor biasanya akn melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dll. Setelah memperoleh diagnosis keats gangguan menstruasi tersebut doktor akn memberi supplemen zat besi dan ubat utk mengatur keadaan hormon itu. Selain itu, doktor juga mungkin akn memberi ubat pencegah hamil utk mengatur ovulasi yg terganggu dan melancarkan putaran haid. Pemberian hormon progesterone juga boleh membantu mengatasi masalah ini." - Majalah Pa & Ma, keluaran September 2012.

Insyaallah, pasni sy akn jmpa doktor pakar utk tau apa mslh sy...mood? cuak, seriau, takut, nervous semua ada...yg pasti sy berdoa supaya tiada apa yg buruk akn terjadi..

Berpinau2 mata tgk nama scientific2 di atas...hahaha...sila la buka link di bwh ni utk lebih details: 


No comments:

Post a Comment