03 July 2013

Cameron Highlands...Day 1

Assalamualaikum...

Baru leh nak update cerita family gathering minggu lepas. P cameron highlands ja pun. Tapi, sangat seronok even pegi Cameron Highlands yang dh berapa kali pegi...hahaha...Dah lama plan family gathering ni, tapi biasa la...kadang2 ada hal yang xdapat dielakkan & terpaksa postpone. Ni family gathering sebelah papa amsyar. Sebab pilih Cameron Highlands? Maybe sebab dekat kot. Pastu kalau pegi tempat lain yang jauh sikit kena amik cuti tambahan. Ni pun amik cuti 1 hari. Kami stay 3 hari 2 malam. Bertolak hari Sabtu pagi (actually xde pagi sangat pun...tengahari baru semua gerak). Naik 3 biji kereta & sampai dalam petang camtu la.

Dua beranak yang excited terlebih nak p jalan-jalan...hahahaha

Perjalanan kami ke mendaki Cameron Highlands...dah nama weekend, memang CH selalu ramai pengunjungnya...jem disana sini. Biasa la kan. Apartment yang kami sewa, Crown Imperial Court namanya. Terletak di pekan Brinchang, betul2 belakang Petronas (sapa yg biasa je CH tau la kan). Kami amik apartment 3 bilik dekat area Pekan Brinchang tu. Memang dekat sangat dengan pasar malam Brinchang. Jalan kaki aje.....bawak keta kena pusing satu hal, pastu nak cari parking satu hal...baik jalan kaki...tapi tu la, penat sebab apartment ats bukit...termengah-mengah dibuatnya..Lokasi dh strategik, sebab dekat ngan pasar malam Brinchang. Apartment memang sangat marbeles..lawa, selesa, dan cukup semua kelengkapan. Yg penting harus ada water filter (air panas)..Lupa lak nak snap gambar apartment. Alahai...hehehe...Setiap bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Memang selesa. Cuma kena lawan dengan rasa sejuk smpai menggigil dibuatnya. Eh, xde la sampai menggigil, cuma sejuk dari biasa je la..Kami dapat apartment tgkt 5 dari 10 tgkt. Dah la ats bukit, tingkat 5, memang angin sepoi2 bahasa la direct msk...sejuk xtau nak habaq. Siang pun sejuk, malam lagi la kan. Bak kata mak mertua, sejuk sampai ke tulang hitam. Hahaha....Tapi, dah nama pun Cameron Highlands kan..haruslah sejuk...

Dah check in, kanak-kanak yang paling happy. Amsyar with cousins. Seronok bukan main lompat-lompat atas katil. Cousin Amsyar 5 org semuanya. 2 lelaki (campur Amsyar & 4 lagi gugurl). Coming soon next year InsyaAllah, Amsyar dpt lagi sorang cousin. Makin bertambah cucu Opah Biah. 

Dah berehat, petang tu kami semua gerak ke Pasar Malam Brinchang. Mak ai, ramai sungguh orang. Jalan pun bersentuh bahu...hahaha...lupa lg nak snap picture keadaan pasar malam yg sangat ramai tu. Bila penat jalan, take 5 sambil tengok gelagat orang. Hahahaha...Takda membeli sangat pun, tengok2 ja. 

Tak penat sungguh budak sorang ni. Seronok ja dapat jalan, main-main. Tak mau didukung langsung. Bukan apa, risau nak lepas dia jalan sebab ramai sangat orang. So, lepas jalan-jalan pusing pasar malam Brinchang, semua orang balik berehat. Amsyar lah tido paling awai sebab petang dia xtdo. Cuma tido thari time odw naik CH...dia memang cmtu, klu petang xtido memang malam awai la dia tido. Lagipun penat seharian perjalanan. 

To be continued....day 2...

No comments:

Post a Comment