24 July 2013

Cornflakes Crunchy untuk hari raye...


Assalamualaikum...

Harini sudah 15 Ramadhan...ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk menyambut lebaran. Chewah! Siap kira lagi...Time ni memang dah kedengaran dah lagu raya kat radio2, shopping mall dll...cuma aku ja setakat ni masih belum mendengar sebarang lagu raya...hahahaha....

Okeh2...tengok tajuk entri ok..ha, berjaya jugak akhirnya misi membuat sendiri biskut raya untuk tahun ni. Tapi baru sejenis aja la. Ada lagi 2-3-4 jenis yang masih dalam list. hahaha...hamboih2...takda la banyak sangat pun...yang dalam list, insyaAllah akan buat popia nestum (wajib buat), coklat chip cookies, snow oat cookies & satu jenis biskut lg masih dalam perancangan. 

Resipi cornflakes crunchy ni aku amik kat blog Kak Wan..memang senang dan cepat nak buat. Rasa pun sedap. Sangat crunchy....Lepas berbuka ja mesti aku bedal 1-2 keping...Hahahaha....camna nak makan time raya ni? Jom kita tengok resipi....sapa-sapa nak try boleh la..senang je uols!

Bahan A
280g mentega (aku pakai mentega buttercup)
180g gula kaster
1/2 st esen vanila
2 biji telur gred B

Bahan B (di ayak)
320g tepung gandum / tepung rose (aku pakai tepung gandum je)
1/2 st baking powder
1/4 st soda bikarbonat
1/8 st emplex (rupanya emplex ni perangup biskut...festime dengar tu jakun sikit)

Bahan C: 500g cornflakes (diramas kasar2)

Cara-Cara:
1. Pukul bahan A sampai kembang. Bila agak kembang tu masukkan telur satu-satu. Pukul lagi sampai semua sebati & kembang.

2. Step seterusnya masukkan bahan B (bahan tepung semua tu) dlm adunan butter yg dipukul tadi. Gaul la sampai menjadi adunan yang lembut. (Ikut dalam resipi kak wan, dia rehatkan adunan dlm peti sejuk semalaman...tapi aku xikut pun ~ kes nak cepat aja ni)..pas adunan lembut terus ja buat step seterusnya iaitu bentukkan adunan tu..

3. Sudukan 1/2 st adunan dan gaulkan dengan cornflakes. Jgn buat besar-besar sebab adunan tu nanti akn mengembang dan meleper. First trial aku buat besar-besar...ha, amik kau..biskut dah cam chipsmore yang besar tu jadinya..so, kena adjust buat kecik-kecik molek aje. Susun dalam tray bakar tu pn kena jarak-jarakkan. Kang dh masak melekat satu sama lain lak.

4. Bakar dalam oven yg dipanaskan dahulu dengan suhu 150oC selama 20-25 minit @ sampai kita nmpk biskut tu dah masak. Pas masak, sejukkan kejap pastu simpan dalam bekas kedap udara. 


Bentuk-bentuk lebih kurang camni...tapi ni kira besar ni. Nanti dah masak biskut mengembang & meleper. Kena kecikkan sikit...




Hasil yang siap...dah siap masuk balang. Tak pasti la pulak adunan ni dapat berapa biji. Tapi rasanya 100 keping lebih kot. Nampak cam kena buat lagi satu adunan sebab hajat nk bwk balik kampung sebalang, bagi MIL sebalang...


# Oh...oven baru beli (takdala baru sangat) masuk ICU skang. Sakit tenat. Terbantut keje-keje i nak membiskut...(bahasa apa la ni)..tunggu papa amsyar balik this week baru dia nak repair...Alahai oven, awat la leh sakit pulak? Actually, oven tu still leh pakai. Cuma pintu depan dia tu (besi yang menghubungkan pintu dgn oven tu lari sikit, so pintu tu takleh nak tutup) ~ eh, paham ke? aku pn xtau nak explain camna....hahahaha.... 



No comments:

Post a Comment