31 July 2013

:: DIY :: Langsir rayaku....


Assalamualaikum...

Harini dah 22 Ramadhan..Ya Allah, cepatnya Ramadhan nak meninggalkan kita. Harap tahun depan dapat la bertemu bulan mulia ini lagi. 


Tolak tambah bahagi darab tinggai seminggu je lagi nak menyambut hari rayeeee....persiapan? hurmmm...bab baju raya dah setel, dah siap dah. Cuma blum amik dekat tailor lagi. InsyaAllah this week bab baju raya setel. Bab biskut raya, baru ada sejenis....disebabkan oven masuk wad, kena tunggu minggu ni papa amsyar repair....insyaAllah harap-harap dapat la setel 2-3 jenis biskut. Duit raya pun dah tukar, sampul raya pun dah ada. Cuma nak masukkan dalam sampul je. Eksaited kan ibu amsyar ni nak beraya. Harus la kn eksaited sebab tahun ni beraya dirumah sendiri...tahun lepas dirumah MIL....persiapan pn ikut MIL aja la...kita menolong apa yang patut. Lagi pulak tahun ni beraya di Ipoh dulu kan. So, kena la eksaited lebih sikit. 


Ok, cerita bab eksaited ni....xtau la orang nak kata hover ka apa kan...azam nak buat langsir raya sendiri akhirnya tercapai sudah. Hahahaha...biar la xlawa janji puas hati sebab ini langsir adalah hasil usaha sendiri. Jenuh lenguh kaki menggodek mesin antik mak yang manual tu. Cabaran lagi bila mesin buat hal, benang putus la...benang kusut la. Lagi cabaran bila anak bujang sorang tu asyik kacau nak duduk diriba. Hahaha....Tetapi, akhirnya berjaya jugak! Actually kalau ditanya perlu ke nak kena buat langsir baru ni? Hurmm..susah nak jawab. Takde dlm keperluan sebenarnya. Cuma kehendak hati yg nak ada langsir yang sedondon. Sebab langsir yang sedia ada sekarang ni xmatch. Sliding door lain...pintu bilik semua lain. Nampak xlawa. Hahaha... Nak raya katanya....Ala, beli kain yang murah-murah aje. 


So, misi mencari kain diteruskan selepas berbuka. Kami terjah JAKEL Aloq Staq sebab malas nak ke pekan sana. Dah confirm-confirm jalan jem. Lagipun Jakel tengah buat sale besar-besaran. Tengok la kalau ada yang berkenan di hati. 


Sungguh!! rambang mata nak memilih. Banyak kain yang tersangat la lawa....Alahai, tetapi harga pun lawa la. Hihihi. Aku nak cari kain yang murah-murah sahaja. Sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan oleh boss besaq. So, lepas belek-belek, cari sana sini akhirnya dapat kain yang RM 3.50 semeter untuk bahagian belakang & RM 3.90 untuk bahagian atas. Kira ok la kan. Tetapi!!! Ada tetapi disini ok...kain yang harga murah tu dah xbanyak choice...maksudnya kaler yang tinggal xberapa nak menarik (memang xmenarik langsung). Tapi bila big boss dh kata xmau ke kedai lain maknanya kena la beli jugak. So, lepas pikir-pikir tpksa la amik kain hitam + cream. Boleh la kan....



Ini kain yang berjaya dirembat (ish bahasa...xsesuai langsung) oleh aku. Yang hitam ni untuk bahagian atas. Yang cream plain ada corak sikit-sikit (gambar xberapa nak clear...kat belakang tu) untuk bahagian belakang. 



Maka dengan itu bermula la proses menjahit. Ala, jahit lurus aja pun. Xde buat fesyen-fesyen bagai. Dah kesuntukan masa, xda nya nak jahit lekok sana lekok sini. Hahahaha....Mesin jahit antik mak yang dh berpuluh tahun usianya. Dengan mesin ni la mak amik tempahan buat baju raya, baju kami semua adik beradik. Tapi skang ni mak xamik tempahan dah. Cuma buat baju sendiri ja. Dah xlarat katanya. Mesin ni manual tau...kena godek-godek kaki kt bahagian bawah tu untuk menggerakkan mesin. Ada yang letrik punya, tapi mak tak berani guna. Hihihi


Nak tengok hasilnya? Hehehehe...nanti dah siap pasang semua aku tunjuk ek! Takpun moh ke rumah berhari rayeeeeeee...eleh, bajet cam ada orang kisah pulak...hahaha..


No comments:

Post a Comment