15 July 2013

Ketam masak lemak cili api versi sempoi....

Assalamualaikum...

Entri masak memasak pulak kali ni. Request by papa Amsyar bila nampak ketam yg gumuk-gumuk time bershopping di Mydin ahad lepas. Huh, terus disuruh beli, masak lomak cili api katanya untuk berbuka. Kami beli 2 ekor je ketam. Sesuai la untuk kami berdua makan. Sekor belah 2...dah dapat 4 ketul...cukup la 2 ketul untuk berbuka & 2 ketul lagi untuk bersahur. Tapi kan, 2 ekor pun dh RM 9.43 uols. Mahainya....Kalau amik sekilogram RM23.40. Fuh! Papa kata takpa....beli aje...tau la feberet dia pun. Ok la, sekali sekala kan. Bukan hari-hari mau makan ketam. 

Jom tengok resipi ketam masak lemak cili api versi sempoi. Sebab apa sempoi? Hahahaha..suka suki nak bagi nama, sempoi sebab kan selalu orang masak ketam lemak ni letak nenas @ timun & etc.....aku buat ketam semata-mata ja....orang yang request nk makan (papa amsyar la) kata tak yah letak apa2...buat sempoi2 aja...hahaha...

Bahan-bahan

Ketam (2 ekor) - basuh bersih2 pastu kerat 2...

Ni bahan-bahan untuk dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- Kunyit hidup (agak2 dalam 5cm)
- 8-10 tangkai cili padi (agak2 nak byk mana...suka pedas kaw2 letak la banyak)
- 2 batang serai diketuk (serai xyah blend sekali)
- Santan (bahagi 2; setengah mangkuk buat pati & selebihnya dicampur sedikit air blend bsama bahan2 diatas)
















Cara-cara masak
1. Blend semua bahan kisar 
2. Masukkan dalam periuk, masukkan serai yang diketuk pastu baru hidupkan api. Sederhana je api tu ya...kena sentiasa kacau sampai mendidih. Untuk elak pecah minyak, sebab tu kena kacau, kacau & kacau. 
















3. Bila dh mendidih, masukkan la cik ketam pastu pati santan tadi. Kacau sampai kuah sebati dengan ketam.
4. Kalau nmpak kuah pekat, tambah la sedikit air. Ikut citarasa...ada yang suka kuah banyak..ada suka kuah sikit.
5. Lastly, masuk garam untuk menambah perisa.  





















Tada!!! Sudah siap ketam masak lemak cili api versi sempoi....Komen dari juri (papa amsyar)...sedap sampai makan nasi 2x tambah...hehehe..cuma kasi kuah banyak sikit katanya.

No comments:

Post a Comment