05 August 2013

Nak raya dah wei....cerita seminggu sebelum hari raya...


Assalamualaikum...

Mood nak update blog dah kelaut ni...malas yang amat. Haish...ni pun gigih la update jugak. 

Pasai apa jadi malaih xtau? Hehehe..biasa la...dengan lagi 2 ari nak raya ni mood tu dah lebih ke raya dah. Update sikit-sikit gitu aja la. Eh? lagi 2 hari nak raya? Tak sangka kan...cepat benar bulan Ramadhan berlalu...kalau raya hari Khamis (Insyaallah, memang raya jatuh hari Khamis) kiranya esok adalah hari terakhir berterawih. Betoi kan? Sebab malam raya mana ada nak berterawih lagi dah. Sana sini sibuk membuat persiapan terakhir nak beraya. Ramai dah yang mula balik kampung halaman. Seronoknya....aku, beraya diperantauan dulu (chewah..perantauan la konon)...hehehe...Raya kedua baru balik kampung. Oh, tak sabarnya daku...excited cam budak kecik...

Bagi aku persiapan semua dh siap dah. Tunggu nak beraya ja. Minggu lepas dah setel cari sampin ngan kasut raya Amsyar. Jenuh jugak nak mencari sampin yang saiz tecik yang match dengan baju raya dia. Dari Tesco Extra ke Jusco...dari Jusco ke Ipoh Parade...uish..semua xde...lotih seharian berjalan..Last-last teringat Mydin...Oh, lupa lak ada Mydin. Confirm kat Mydin ada punya. Hehehe...Dan betul!!! Memang ada sampin saiz S yang kaler match ngan baju melayu Amsyar. Setel...lega rasanya..Kasut raya senang ja cari. P ja Al-Ikhsan dekat Ipoh Parade....pilih la yang mana nak. Baju raya kami laki bini pun dah setel. Tunggu nak sarung di pagi  hari raya sahaja. 

Kami di Mydin...singgah di Restoran Upin Ipin beli lunch untuk Amsyar...Tengok tu...kemain sedap minum air..terliur ibu...hahaha


Macam biasa la kalau berjalan jumpa 'insert coin car' ni...hihihi...layan kan aje la dia main seround dua...



Tahun ni tema sampul raya adalah kartun. Hahaha...bukan main suka Amsyar ada Upin Ipin dengan Boboi Boy ni...Tapi ni khas untuk kanak-kanak sahaja. 



Finally...berjaya jugak buat Popia Nestum ini...Hehehe...disebabkan papa Amsyar malaih nak repair oven, maka tahun ni hanya dapat buat 2 jenis ni ja...punah harapan nak homemade biskut raya. Takpa la..nak buat cemana kan...2 jenis ni pun ok la. Selebihnya biskut tunjuk-tunjuk. Hihihihi...

# Misi mencari tudung pula selepas ini...hehehe..tudung raya belom hado...


No comments:

Post a Comment