21 November 2013

Al-Fatihah: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)


Assalamualaikum...

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar yang telah pergi menemui penciptaNya tanggal 2 November yang lalu...

Seringkas mengenai Ahmad Ammar...

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sumber gambar & ringkasan biodata Ahmad Ammar: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 






Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam-7

##  Sebak tatkala melihat video perjalanan hidup arwah....semoga apa yang diperjuangkan akan menjadi contoh untuk kita semua...Al-Fatihah...


No comments:

Post a Comment