01 November 2013

Edisi Rajin: Light Cheese Cake...


Assalamualaikum....

Tajuk tak boleh blah...edisi pulak...hahahaha...

Edisi membaking kali ni try buat light cheese cake pulak... Resipi dah lama cari dah...cuma simpan sebab tak rajin nak buat..sekarang ni ja rajin...hahaha...senang cakap, gian nak membaking..

Jom kita tengok resipi nya puan-puan sekalian...Aku copy dari blog Mama Saif (tenkiu Mama Saif) sebab dalam banyak-banyak resepi yang aku google, resepi Mama Saif paling senang, mudah difahami & ringkas...Resepi cheesekut dulu pun aku copy dari Mama Saif jugak....Hahahaha..Aku kan baru 1st time nak buat, kena la cari resipi yang senang dan mudah difahami gitu.....

Resipi Asal: Kak Hasue
Resipi: Mama Saif
(Aku ikut sebijik-sebijik tanpa menambah @ mengurangkan apa-apa)


Bahan-bahan:
125g cream cheese
300ml fresh milk
3 biji telur gred A
80g mentega / marjerin / butter
80g tepung gandum
80g gula halus
Sedikit esen vanila / jus lemon

Cara-cara:

Susu segar dipanaskan bersama dengan cream cheese. Masak sehingga cream cheese cair & kemudian masukkan mentega/marjerin/butter...Kacau  menggunakan hand whisk perlahan dgn api yang kecil. Bila mentega/marjerin/butter cair (tak payah tunggu sampai mendidih), padamkan api & biarkan ditepi seketika.


Putih telur & kuning telur diasingkan. Pukul putih telur dgn gula sehingga ringan/gebu. Macam meringue tu...


Meringue ialah adunan putih telur dan gula yang dipukul sehingga kembang & betul2 ringan. Bila pekat meringue tidak akan tumpah apabila diterbalikkan. (Macam gambar).. Risau aku kalau terbalikkan tumpah, tapi nasib menjadi. Hehehe...Kegebuan kek adalah bergantung kpd kegebuan meringue ni. Tips: Make sure bekas untuk pukul meringue ni bersih, kering dari air/minyak. 

Ketepikan.


Didalam bekas lain, pukul pula kuning telur sampai kembang. Kembang sikit pun ok dah...


Kemudian masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati. 


Masukkan esen vanila. Ikut suka nak letak banyak mana.


Kemudian, ayak tepung sedikit demi sedikit & pukul/kacau adunan perlahan-lahan untuk memastikan adunan tidak berketul-ketul


Last sekali bolehlah dimasukkan adunan meringue tadi & kacau menggunakan hand whisk perlahan-lahan. (Boleh juga digunakan cara kaup balik supaya adunan rata). Kacau sampai sebati. 


Macam biasa lah...griskan loyang dengan butter & tepung. Sebelum tu pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.


Bakar kek pada suhu 150oC selama 45 minit (sampai masak) menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan diatas loyang berisi air panas ketika dibakar). 


Dan inilah hasilnya setelah masak.. Wah, kek memang gebus & lembut. Lepas masak biarkan sejuk dulu. Otomatik kek akan merenggang dari loyang & senang utk dikeluarkan... Pastu masuk peti ais lagi sedap...Ok la..kira menjadi utk 1st trial ni...Esok-esok try buat lagi supaya leh improve. Maklang suggest nanti kalau buat lg try perisakan contoh strawberi @ coklat...Hehehehe...


Hah...macam biasa...Ini juri yang 1st sekali akan merasa kek ibu buat...hehehe...suka benar dapat makan kek...Esoknya tapau kek bawak ke taska makan dengan kawan-kawan. 


## Gian nak membaking lagi....hahaha..next misi?? Cream cheese masih ada....so, minggu ni light cheese cake perasa strwberi pulak la....insyaallah....kalau sempat....hehehe.....







No comments:

Post a Comment