14 November 2013

Mengidam Bubur Asyura...

Assalamualaikum...

Haip....mesti ada yang mengagak dan tak kurang juga meneka...hahaha..Oh, aku bukan mengidam sebab itu la...hehehe...belum rezeki lagi...

Ni nak cerita pasal bubur Asyura ni...kan dah masuk bulan baru...Bulan Muharam..maka bila masuk bulan Muharam automatik akan teringat bubur asyura ni..Semalam telefon mak...macam biasa tanya mak bila nak buat bubur asyura ni...mak kata tunggu hampa semua balik (tunggu aku & abang aku balik kampung la)...selagi tak cukup semua anak dia, mak memang takkan buat bubur ni...hurmmm....masalah ni tak tau lagi bila nak balik kampung... dan memang tak da plan nak balik dalam waktu terdekat ni...Ala, lambat lagi la nak dapat makan bubur asyura...

Cilok dari FB adik aku...boleh pulak dia upload gambaq bubur asyura...
macam tau-tau kakak dia sorang ni dok teringin nak makan...
Takpa...sabaq-sabaq..hehehe..takkan lari bubur asyura dikejar...

Aku share sedikit info yang aku ambik dekat http://shafiqolbu.wordpress.com pasal bubur Asyura ni...

Bulan Muharram adalah bulan istimewa bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Sebagai bulan pertama tahun Hijriyah, Muharram menjadi medan muhasabah diri akan amal masa lalu untuk dijadikan pedoman dimasa hadapan. Kebanyakan umat Islam juga seikhlas hati bersama-sama melakukan kebaikan dan sedekah pada bulan ini. Dalam bulan ini, selain puasa dan amalan sunat yang lain ‘Bubur Asyura’ sinonim dengan bulan Muharram ini..
10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurunapabila tiba tarikh ini, ia disambut dengan membuat dan mengadakan jamuan Bubur Asyura.‘Bubur Asyura’ atau ‘Bubur Suro’ adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke – 10 Muharram (Hari Asyura).

Kesimpulannya, Muharram menjadi berbeza kerana di dalamnya ada kejadian yang sangat berharga bagi Agama Islam iaitu Hijrah Rasulullah SAW. Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari kesepuluh Muharram.
Banyak keistimewaan yang diberikan oleh Allah pada hari ini di antaranya adalah gandaan pahala bagi yang melaksanakan ibadah pada hari itu. Hari ini adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu.
Hadis yang dimaksudkan ialah:  “Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Cerita bubur asyura tahun lepas disini Cerita Bubur Asyura

No comments:

Post a Comment