20 December 2013

Program Mimbar Pencetus Ummah "Duniaku Dakwahku" di ASTRO OASIS


Assalamualaikum...

Sedikit review dari program Mimbar Pencetus Ummah di ASTRO OASIS ni...


INFO PROGRAM PENCETUS UMMAH

Pencetus Ummah - “Duniaku Dakwahku”


Pencetus Ummah membawa penonton merasai bagaimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah. Pelbagai cara kreatif yang tidak disangka ini boleh disimbolkan sebagai ‘Duniaku’ dimana peserta-peserta program berusaha menggunakan pelbagai platfom yang wujud dalam ‘dunia’ ini untuk membawa mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu.

PROGRAMSINOPSISSIARAN
PROLOG PENCETUS UMMAHSebuah program yang berdurasi selama 15 minit ini mengkhususkan mengenai profil diri setiap 12 orang peserta Pencetus Ummah. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan para peserta kepada para penonton untuk mengenali setiap peserta dengan lebih rapat.Program 6 episod ini akan bersiaran pada 15th sehingga 20th November 2013.
SERAMBI PENCETUS UMMAHSebuah program yang berdurasi selama 30 minit bertujuan untuk berkongsi dengan penonton mengenai jurnal harian para peserta tentang persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi Malam Mimbar.Bersiaran pada Rabu dan Khamis pada setiap minggu bermula 20th November 2013, 9.00malam.
MIMBAR PENCETUS UMMAHMerupakan malam kemuncak persembahan para peserta Pencetus Ummah. Setiap persembahan peserta akan diadili oleh 2 orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Disamping itu, terdapat persembahan istimewa dari penyanyi tempatan bagi merancakkan lagi malam ini.Mimbar akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis 9.00malam selama lapan minggu bermula 21st November 2013 sehingga 9th Januari 2014

Dari kiri_ Dr Ridhuan Tee Abdullah (Pengacara) dan para Murabbi - Ustaz Zulkefli Hamat, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Tarmizi Abdul Razak
Barisan Fasilitator (Murabbi):
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Ustaz Haji Zulkifli Hamat
Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak

Pengacara:
Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Barisan Peserta (PU):

Shahrul Hamid M.P.H Seeni Md, 38 (Pulau Pinang) - PU SHAHUL
Hissamuddin Iberahim, 35 (Kedah) - PU HISSAM
Mohd. Zainuddin Mohamed Zaini, 32 (Perak) - PU YEOP
Mohammad Hafiz Muhammad Haneefa, 32 (Selangor) - PU HAFIZ
Salman Maslori, 31 (Selangor) - PU SALMAN
Attan Thowi Yusof, 31 (Kedah) - PU THOWI
Mohd. Fakhrurrazi Mohd. Hanapi, 29 (Selangor) - PU RAZI
Izzat Fathi Hisham, 24 (Perak) - PU IZZAT
Fakhrul Islam Md. Zarin, 24 (Melaka) - PU FAKHRUL
Mohd. Sufian Mohd. Isa, 28 (Selangor) - PU SUFIAN
Mohd Hafidz B. Mohd Zawawi, 27 (Kelantan) - PU FIDZ
Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, 20 (Kuala Lumpur) - PU RAHMAT 

**********************************************************************************
Program yang wajib ditonton sebab banyak mesej, dakwah & ilmu yang akan kita dapat...Bak kata pengacara Dr. Ridhuan Tee tengok ja dah dapat pahala.....betoi kan?
Alhamdulillah...apatah lagi ilmu2 yang kita dapat...
Program ni memang program feberet kami....setiap Khamis koi 9 malam dah standby depan TV...hehehe..suka tengok PU YEOP dengan PU RAHMAT bagi tazkirah & penyampaian diaorang memang best...tapi yang lain-lain pun best...semua PU memang best kalau tak takkan diaorang terpilih masuk program ni kan...

## Sapa-sapa yang tak pernah tengok tu cuba la tengok..confirm jatuh cinta punya... hehehe...sekian...


No comments:

Post a Comment