05 March 2014

Info: Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) Negeri Kedah


Assalamualaikum...

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)
Untuk info lanjut, meh baca sini...


 

Tujuan: 

Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan suami isteri / ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru. Skim ini adalah berbentuk barangan keperluan bayi yang akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Kedah.

Objektif:

- Meringankan beban kewangan pasangan suami isteri / ibu bapa bagi menyambut kelahiran anak
- Meraikan tambahan anak Negeri Kedah yang baru
- Menghargai peranan ibubapa dalam pembinaan sahsiah keluarga

Kelayakan:

- Anak mestilah warganegara Malaysia & dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu @ bapa kepada anak yang dilahirkan mertilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah (pengesahan daripada JKKK/Penghulu); atau
- Ibu atau bapa yang bukan dari Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun (pengesahan daripada JKKK/Penghulu)
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut:-

* Pejabat Dearah berhampiran
* Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
* Pejabat Penghulu
* Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
* Pejabat Majlis Pembangunan

Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah / wakil @ Ahli Parlimen @ ADUN @ Pengerusi MPWK @ Penghulu Mukim / Pegawai Perubatan Hospital.

Semua borang hendaklah dihantar ke Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran @ kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.

Klik untuk Borang Permohonan


## Rasanya skim ni baru ja diperkenalkan sebab sebelum ni tak pernah dengar pasal ni.. Masih baru & tak tau la mendapat sambutan atau tak... just share & kalau ada warga Kedah yang rasa nak apply boleh la try ye...


2 comments:

  1. yes!! along boleh mohon..alhamdulillah ringan la beban sket tahun ni...

    ReplyDelete
  2. borang dh hantar,dh 3 bulan tak dak apa2 bantuan pun.. mana bantuan IKA seperti yg di janjikan?

    ReplyDelete