08 July 2014

Drama: Azam Ramadan Su di TV3...


Assalamualaikum...

Sapa pernah tengok drama Azam Ramadan Su angkat tangan!!!
Aku first time layan drama ni time cuti aritu...
Kalau hari bekerja memang tak dpt la nak melayan sebab drama ni hari 
Isnin - Khamis pukul 12.30 thari hingga 1.30. 
Celah mana nak tengoknya kalau hari bekerja kan...
Maka, tengok ulangan saja la kita...


Yang buat aku suka suka tengok drama ni adalah sebab diaorang akan share 
2-3 resipi yang simple & senang kalau kita nak try...
Tak percaya tryla tengok episod by episod ya...
Antara resipi yang diaorang share adalah roti john, makaroni bakar, 
mee kari, salmon grill, sup ayam dan mcm2 lagi la...


Sinopsis:
Drama Azam Ramadan Su di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. Drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Najwa Nasir, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli dan ramai lagi. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod. 








Sumber: Dailymotion


1 comment: