04 October 2014

Sharing: Diabetis Gestasi (Kencing Manis Semasa Hamil)


Assalamualaikum.....

Harini nak share sikit tentang kencing manis semasa hamil...
Memandangkan diri sendiri memang ada kencing manis ni time pregnant, 
So sangat bermanfaat untuk diri sendiri & jugak untuk perkongsian...

Pregnant Amsyar dulu kena...kali ni pun kena.,..
Tapi kencing manis ni xde la sampai kena cucuk sendiri tu (insulin)..
Cuma kena control diet..makan kena jaga la senang cerita..
Tapi ada jugak aku langgar pantang...makan tak ingat...
Sekali sekala kalau teringin takpa...doktor yang cakap... hahahaha...

Artikel dari www.babycenter.com.my


Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 % ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dlm darah yg digunakan utk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin utk memenuhi keperluan bayi abda, terutama dari pertengahan kehamilan dan seterusnya, Jika badan anda tdk boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan anda akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan terevolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dgn jenis diabetis lain yg merupakan penyakit seumur hidup.


Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis sewaktu kehamilan?

Ujian yg disarankan kini utk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dlm kumpulan yg berisiko tinggi mdapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor akan membuat ujian urine utk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika tdapat gula dalam urine anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi. Walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik utk mengesan penyakit ini. Selalunya, diabetis gestasi tdk memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
- keletihan
- dahaga yang terlampau
- membuang air kecil dengan banyak
- penglihatan kabur
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom diatas, berbincanglah dengan doktor anda.


Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yg terbaik utk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran & bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi utk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yg mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada masalah obesiti & diabetis jenis 2 dikemudian hari nanti.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi utk mempunyai diabetis gestasi jika:
- Indeks jisim badan (BMI) lebih drpd 30
- Dahulu anda telah melahirkan bayi yg besar dengan berat 4kg atau lebih
- anda menghidap diabetis gestasi sebelum ini
- keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk @ adik beradik yg menghidap kencing manis)
- keluarga anda dari nenek moyang yang mempunyai sejarah kencing manis yg tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.


Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dlm darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dlm mengawal cara pemakanan dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yg sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum hamil, anda disarankan utk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta utk mengawasi tahap gula dalam darah anda utk mengetahui samada perubahan yg anda lakukan memberi kesan atau tidak - doktor akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan scan ultrasound utk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.


Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10-20% kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat utk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar utk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersedia bersalin & semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah akan diawasi dan dikawal untuk menghalang dari timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.


Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan postnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan init telah dpt dikesan semasa kehamilan.

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dlm darah kembali normal.


Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita yg biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza - antara 30-85% akan menghidapinya lebih dari sekali.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawal tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan di minggu ke-16 hingga minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tdk dikesan pada ujian pertama.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yg memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya,

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung utk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam utk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.


Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang utk hamil, ambil asid folik tambahan (5mg setiap hari) semasa anda sedang cuba hendak hamil dan pada pada tiga bulan pertama kehamilan.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dgn kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yg disebabkan oleh tiub saraf yg tdk tertutup dgn baik. 

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dgn baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dlm keadaan yg lebih baik utk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutama jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.


************************************* sharing *************************************



No comments:

Post a Comment